Monday, August 31, 2009

Tribute to Dupey.....

aku sesaje meletakkan keratan surat khabar lame kat sini...hehehe......selepas ape yg terjadi kat dupey...


Pelajar IPT tidak berpeluang praktik ilmu dipelajari di kampus: Ong

LATIHAN industri yang dilakukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkesan dan gagal membantu mereka meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu dipelajari di kampus kerana penyertaan terhad kepada kumpulan tertentu saja.


Selain itu, pelatih tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sesuai dengan kursus diikuti di universiti, malah ada antara mereka diminta melakukan tugasan kurang sesuai seperti menjadi pembantu pejabat atau membuat minuman untuk majikan.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan.

"Majikan perlu menjadikan latihan itu sebagai peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), Kolej SEGi di Subang Jaya, semalam.

Ong berkata, majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal dilalui kelak.

Katanya, program amali berkenaan perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna jika mereka tiada persediaan ke alam pekerjaan.

Sambil menyifatkan langkah diambil Kolej SEGi bekerjasama dengan pelbagai syarikat bagi memberi peluang pelajar menjalani latihan amali sebagai satu tugas mencabar, beliau berharap, lebih banyak IPT mengambil langkah sama.

"Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan ke alam pekerjaan perlu disokong dan IPT perlu mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Perniagaan SEGi Berhad, Ailin Ton Isahak, berkata program CEP memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi program berkenaan, graduan dijangka mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar.

Menerusi program itu, mereka bekerjasama dengan Jobstreet.com yang menyediakan laman web mikro bagi memadankan pelajar dan latihan industri bersesuaian di syarikat terpilih.

Sumber : Berita Harian 13 / 4 / 07

# ni dari surat khabar lame....tp aku rase artikel ni masih relevan sampai saat ini....aku rase para yang kaler merah tu dekat je dgn diri aku..dn juge mungkin dekat dgn diri segelintir rakan2 aku..mcm dupey,rafik n x-rumate aku si topek..hohoho....bukan x bersyukur atau nak demand lebih...tp x kena langsung pada tempatnye..

Saturday, August 22, 2009

Kerja Lapangan (9&10 July)

gambar2 ni semua aku amik time g bukit besi dungun.. mase ni g nak collect sample nak analysis..kalau result analysis tunjuk byk besi (>65%)dalam sample tu, maka company pon akan apply nk wat aktiviti melombong kat situ.. [kawasan ni lombong tinggal...dulu jepon lombong biijih besi kat sini area2 tahun 1930an]

yg hitam2 halus dalam anak sungai tu ialah besi2 yg dah hancur...ko letak magnet dalam tu nescaya benda alah tu melekat kat magnet..btol x tpo...


yg berlonggok kat bawah berketol2 tu ialah biji besi...

perjalanan yg mencabar...redah air2 ni...
dalam plastik dalam gambar kat bawah ni ialah magnet..lihat~~~magnet tu melekat pada kaki bukit ni...maknanye ade besi la tu...tgk la kaler die mcm besi berkarat kan...

bawah ni gambar tangan aku pegang contoh sample yg di bawak blk utk analysis..

last but not least..ni gambar tapak kaki binatang..diorg cakap harimau..mmg besar..buat aku takot je...lepas jumpe tapak kaki ni aku bace doa byk2 jgn la harimau ni kuar depan aku......takot weyh...bile da kuar dr hutan ni lega rase ati...


ade banyak lagi gambar..nanti la aku UP kalau ade mase..hahahhaha..just nak kongsi dengan rakan2 pengalaman aku...aku yg kepenatan+kepanasan..hahaha..start masuk tgh hari kol 12 panjt bukit sane-sini..jalan kaki jauh gile lak tu triton x lepas masuk..hahaha...