Saturday, December 26, 2009

Legend Is Back

schumacher is back!! next year akan lebih merarik...dengan kontrak bernilai 7 juta € semusim, harap2 kembalinye schumacher dr persaraan akan menjadikan F1 lebih menarik & die ni mampu memberikan impak yg besar dalam f1..harap2 la...reputasi kena jage beb En schumacher..hehehe....
gambar atas ni ade lah kereta yg akan dipandu oleh schumacher mengikut pandangan artis(artist impression)..gambar ni sebenarnye nak tunjuk kat mane logo petronas akan terpapar kat kereta ni hasil tajaan Petronas ke atas Pasukan ni...ingin aku stress kan kat sini bahawa Mercedes Gp Petronas F1 team x same dengan Mclaren Mercedes(ni team Yop)..kedua2nye adalah Team yg berbeza...heheh

gambar:enjin jet nih la yg ilang dicuri..

khutbah jumaat baru ni..25 dis..secara umum khutbah berkisar pasal hati/kalbu(bhs arab).. aku qoute skit khutbah tu berbunyi lebih kurang

"kite nih ibarat jet pejuang, hati kite ibarat enjin jet,adalah perkara biasa hati/enjin itu rosak, tetapi sesuatu yg luar biasa kalau enjin itu hilang"

p/s:aku x sure part yg aku qoute ni mmg majlis agama tulis dalam khutbah tu @pun tok khatib ni tambah sendiri..

p/s/s:memetik kate2 seorang timb.menteri dalam sinar harian "kalau anak gadis sebuah kampung dilarikan org, xkan nak salahkan tok penghulu lak..

p/s/s/s:aku no komen..heheh..




td aku tgk avatar ni..mmg best ah bg aku personally...aku bg 6 dr 7 bintang...mmg best ah..berbaloi aku tahan kencing mase tgk citer ni..wakakkaa....aksi2 meletop, terbakar2, lawan2, terbang2..hahha..loser skit lambat tgk..pasnih nak tgk sherlock holmes plak..yeah..
gambar:google.com

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin Baru Diucapkan kepada Puan Seri Izatie Abd Azizs(rakan Semsasian9903) & Suami..majlis berlangsung di Felda Tembangau 2 pada 12/12/09.Tahniah diucapkan kepada Pengantin.


Gambar Bawah:Rakan2 Semsasian9903 yg hadir semasa majlis tersebut bergambar bersama pengantin..


jakal:tahniah aku ucakan kepada Seri, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.terima kasih banyak2 kerana menjemput aku dan kengkawan yg lain datg majlis kamu ni...setidak2nye majlis ko ni menjadi medium utk rakan2 kite berkumpul dan saling bertanya khabar..ala2 unofficial reunion la gitu..hahaha..walaupon x semua dpt dtg, tp yg pnting dpat jumpe member2 lame...huahuahua....
so semsasian 9903..who next??..huahuahua

Wednesday, November 25, 2009

Lagu itu Lagu .......

Lagu Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.


Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.


*******************************************************************************

pic lepas riadah petang



gambar beramai2 sblm balik

Kursus asas BTN Kuktem Nov 2006 kat melaka..byk bende aku belajar mase kursus nih..hoho..banyak jugak kenangan2 manis dan pahit dalam program nih...antara kenangan paling best dapat tgk yop jalan itik sambil pegang belon ade air..hahhaa..

lihat gambar atas:[yop yg keletihan selepas jalan itik bersama2 belon airnye]kekeke..

p/s:jgn marah ek yop...

**:ape salah BTN?bagi aku ok je program nih.

Thursday, November 19, 2009

Tamatnye Musim 2009, 2010 Menjanjikan Sesuatu yg Menarik Mungkin?

season 2009 telah tamat, seperti yg diketahui En Button telah menjadi juara dunia..begitu juga dengan pasukan yg diwakilinya Brawn GP. BMW & Toyota x kan berada di grid musim depan..
kehadiran pasukan2 baru juga dinanti2kan...

perkara2 menarik utk 2010

1. brawn gp telah dibeli oleh mercedes & akan dikenali sbg Mercedes GP (mercedes tgk ni chance yg baik utk dorg involve fully dalam f1..sebelum ni hanye supply enjin tuk pasukan2 disamping memengang syer 40 % dalam Pasukan Mclaren.)mercedes take over more 70% syer dalam brawn..dalam mase yg same mclaren akan beli balik saham mercedes dlam mclaren berperingkat2...selagi tu mclaren akan kekal pki livery silver and red...adekah selepas semuanya selesai satu mase nanti mclarenakan kembali ke warne oren seperti zaman2 old skool nye??

2. kimi x kan ade dalam kokpit kereta mane2 pasukan (betulke?)

3. ketibaan pasukan2 baru, USF1, Manor Gp, Lotus F1, Campos

4. alonso drive for ferrari

5. Slot ke 13 masih menjadi tanda tanye..

6. aku tgk team F1 skang ni dah cam lebih cenderung memilih driver dr negara2 tertentu
(mclaren based kat britain peandu season depan hamilton @ En Button kedua2 d britain, USF1 nak cr driver dr us, renault[french] nak cr driver perancis, Lotus F1(fairuz fauzy mgkin??),mercedes(german)nak amik heidfeld katenye...Campos[spain] nk cr pemandu spain??..


*kumpul duit nak g tgk kat sepang tahun depan..hahaha

Wednesday, November 11, 2009

Minggu Gila

last week (7-8 nov)mmg minggu yg cukup gile dan penat bg aku...wahahaha... ape yg aku buat ialah g sunway ngan baiyi ngan ira...jumpe ira kat kl sentral 800 am..aku ngn baiyi gerak dr kuantan kul 1.00 am, sampai pudu 3.50 am..gile laju bas nih...lepak kedai mamak sampai la subuh...
lepak sunway lagoon dr 11.00 am sampai 5.oo pm.., sambil2 tgu ira ngan baiyi main bende2 alah kat sunway lagoon tu aku sempat la tdo gak kat kerusi kayu tepi2 tu..hahhaha...sambil lepak2 kat kerusi kayu depan scream park tu aku berpeluang la tgk gelagat2 manusia...

ade pasangan dr arab tu baru keluar dr scream park tu muke pucat, nafas tercungap2...huhu..pastu mamat arab tu aku dgr ckp "Alhamdulillah"...huhu...tp minah arab sebelah die kool jek...

lepak sunway pyramid sampai kol 8.oo pm sebelum qidah amik ngn kerete die yg baru kuar kedai..penuh plastik lagi....hahah...erk...ok...ko mmg driver yg berhemah qidah...haha

9.00 pm:pegi TAR

11.oopm: pegi downtown (cheras)

1.00am:gerak g umah tagom a.k.a faizal yusoff kat kajang.

1.40 am: sampai umah tagom die lak x bangon2...hahah.gerak g umah dot a.k.a nik izzat

2.10 am:dot ajak minum2 kat kedai mamak..minum la aku, baiyi, ira, qidah ngan dot kat mamak belakang apartment sri dahlia die tu...(aku dah ngantu gile, x tdo 24 jam dah)

3.30 am:aku naik umah dot(tgkat 15,heran aku bangunan ni...lepas tingkat 13 ade tingkat 13A pastu tingkat 15 tros. [tower 13???]baiyi, ira & qidah g umah kakak qidah kat mane tah..

3.40 am:aku sembang ngan dot sampai azan subuh...pas smayang subuh baru tdo....


8 nov 2009


12.oo tgh hari.. diorg pickup aku pastu g kinrara>damansara>pj

3.00 pm: beli tiket kat pudu pastu g jalan masjid india,jalan TAR lagi,n SOGO sampai 8.oo pm...

9.30pm :bas gerak dr pudu

1.ooam: sampai kuantan...


hahhhaha*penat*hahahah

***lame gak x update blog nih...huhhuhu***

Wednesday, September 2, 2009

Cari Orang Mandi

Hari itu sungguh bosan....
Nampaknye x de keja..semua sample telah habis dianalisis hari sebelumnye....sampai ofis pagi tuh aku dah dapat agak aku akan menghabiskan masa hari itu kat ofis tanpa perlu gi lab... bagus jugak...puase2 ni x yah aku bermandi peluh 'main' bijih2 tu kat lab...so duduk la tgu sample dtg bergolek kat aku dan sv aku..hohoho

bosan..sungguh...x tau nk buat ape mase tu...aku pon belek buku catatan aku yg pnuh serba serbi contengan ape tah aku pon x tau....dah bosan aku amik surat kabar bace...tp nak bace surat khabar ni kena sorok2 sikit..x bg cctv rakam..takot big bos nampak..pelik..kalau takut big bos nampak kenapa company beli surat khabar, malah lepas aku start li makin bertambah jenis surat khabar yg company beli...ahh..lantak la..bace je...belek2..belek lagi...ah..bosan...letak balik surat khabar, duduk balik kat seat aku yg boleh dirakam jelas oleh cctv...termenung pandang megamall pastu bangun jalan2 dalam ofis...tgk staff lain buat ape...owh..pagi lagi...beberapa org staff pegi sarapan..x pose diorang ni..hohohoh...

balik semula ke meja aku...ingat nak sambung bace surat khabar, skali rachel dah bawak naik tingkat atas NST ngan The Star....so no choice...aku pon amik la Sinchew daily tu belek2 gambar je...x pham sepatah haram pon....hahha...mane2 gambar yg menarik tu aku pon tanye la sv aku die citer ape....

tibe2 sv aku bersuara..
"oit zamri,(die oit-oit nye aku,haish....) itu dekat china tembok panjang pgl ape?"(lebih kurg cmni la ayat die..telor cine skit)
"oh, great wall"
aku heran..die btpe pulak ni...aku pn g la meja die..woh,die tgh gune google earth rupenye...aku yg tgh bosan ni pon join la die...
"eh, apesal mcm ni?sudah putus ka?betul ka ni tembok tu"
"mane saye tau bos,saye mane penah pegi china.Kalau cmtu gambar die, ye la kot dah putus...(hahaha..tp aku rase gambr kwsan yg die zoom tu bukan great wall)..

bosan dah ngan great wall, die nak naik gunung lak...
"gunung tinggi kat dunia tu ape?"
"everest" jawab aku
"awak tulis.."<--die suruh aku tulis kat search box kat google earth tu
pastu die ckp.."ni everest tinggi kan"
"ye la bos, 8000 meter lebih, lbh kurg 2 kali ganda kinabalu"
"betul ke?"
"ye la..kalau bos x pecaye boss klik situ tgk brape tgi die"

pastu die sambung google earth die cari pulau2 kecik kat pasifik...aku g tandas lagi baik..nak kencing la pulak sejuk2 aircond nih kuat...hahaha

balik dr toilet aku tgk google earth die dah sampai pulau pinang..
"eh bos, dah samapi pulang pinang..cepat u jalan..cari ape kat pulau pinang bos?"
"CARI OLANG MANDI"..sambil zoom in kat kwsan pantai pulau pinang..

Monday, August 31, 2009

Tribute to Dupey.....

aku sesaje meletakkan keratan surat khabar lame kat sini...hehehe......selepas ape yg terjadi kat dupey...


Pelajar IPT tidak berpeluang praktik ilmu dipelajari di kampus: Ong

LATIHAN industri yang dilakukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkesan dan gagal membantu mereka meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu dipelajari di kampus kerana penyertaan terhad kepada kumpulan tertentu saja.


Selain itu, pelatih tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sesuai dengan kursus diikuti di universiti, malah ada antara mereka diminta melakukan tugasan kurang sesuai seperti menjadi pembantu pejabat atau membuat minuman untuk majikan.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan.

"Majikan perlu menjadikan latihan itu sebagai peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), Kolej SEGi di Subang Jaya, semalam.

Ong berkata, majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal dilalui kelak.

Katanya, program amali berkenaan perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna jika mereka tiada persediaan ke alam pekerjaan.

Sambil menyifatkan langkah diambil Kolej SEGi bekerjasama dengan pelbagai syarikat bagi memberi peluang pelajar menjalani latihan amali sebagai satu tugas mencabar, beliau berharap, lebih banyak IPT mengambil langkah sama.

"Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan ke alam pekerjaan perlu disokong dan IPT perlu mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Perniagaan SEGi Berhad, Ailin Ton Isahak, berkata program CEP memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi program berkenaan, graduan dijangka mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar.

Menerusi program itu, mereka bekerjasama dengan Jobstreet.com yang menyediakan laman web mikro bagi memadankan pelajar dan latihan industri bersesuaian di syarikat terpilih.

Sumber : Berita Harian 13 / 4 / 07

# ni dari surat khabar lame....tp aku rase artikel ni masih relevan sampai saat ini....aku rase para yang kaler merah tu dekat je dgn diri aku..dn juge mungkin dekat dgn diri segelintir rakan2 aku..mcm dupey,rafik n x-rumate aku si topek..hohoho....bukan x bersyukur atau nak demand lebih...tp x kena langsung pada tempatnye..