Saturday, December 26, 2009

Legend Is Back

schumacher is back!! next year akan lebih merarik...dengan kontrak bernilai 7 juta € semusim, harap2 kembalinye schumacher dr persaraan akan menjadikan F1 lebih menarik & die ni mampu memberikan impak yg besar dalam f1..harap2 la...reputasi kena jage beb En schumacher..hehehe....
gambar atas ni ade lah kereta yg akan dipandu oleh schumacher mengikut pandangan artis(artist impression)..gambar ni sebenarnye nak tunjuk kat mane logo petronas akan terpapar kat kereta ni hasil tajaan Petronas ke atas Pasukan ni...ingin aku stress kan kat sini bahawa Mercedes Gp Petronas F1 team x same dengan Mclaren Mercedes(ni team Yop)..kedua2nye adalah Team yg berbeza...heheh

gambar:enjin jet nih la yg ilang dicuri..

khutbah jumaat baru ni..25 dis..secara umum khutbah berkisar pasal hati/kalbu(bhs arab).. aku qoute skit khutbah tu berbunyi lebih kurang

"kite nih ibarat jet pejuang, hati kite ibarat enjin jet,adalah perkara biasa hati/enjin itu rosak, tetapi sesuatu yg luar biasa kalau enjin itu hilang"

p/s:aku x sure part yg aku qoute ni mmg majlis agama tulis dalam khutbah tu @pun tok khatib ni tambah sendiri..

p/s/s:memetik kate2 seorang timb.menteri dalam sinar harian "kalau anak gadis sebuah kampung dilarikan org, xkan nak salahkan tok penghulu lak..

p/s/s/s:aku no komen..heheh..




td aku tgk avatar ni..mmg best ah bg aku personally...aku bg 6 dr 7 bintang...mmg best ah..berbaloi aku tahan kencing mase tgk citer ni..wakakkaa....aksi2 meletop, terbakar2, lawan2, terbang2..hahha..loser skit lambat tgk..pasnih nak tgk sherlock holmes plak..yeah..
gambar:google.com

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin Baru Diucapkan kepada Puan Seri Izatie Abd Azizs(rakan Semsasian9903) & Suami..majlis berlangsung di Felda Tembangau 2 pada 12/12/09.Tahniah diucapkan kepada Pengantin.


Gambar Bawah:Rakan2 Semsasian9903 yg hadir semasa majlis tersebut bergambar bersama pengantin..


jakal:tahniah aku ucakan kepada Seri, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.terima kasih banyak2 kerana menjemput aku dan kengkawan yg lain datg majlis kamu ni...setidak2nye majlis ko ni menjadi medium utk rakan2 kite berkumpul dan saling bertanya khabar..ala2 unofficial reunion la gitu..hahaha..walaupon x semua dpt dtg, tp yg pnting dpat jumpe member2 lame...huahuahua....
so semsasian 9903..who next??..huahuahua

Wednesday, November 25, 2009

Lagu itu Lagu .......

Lagu Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.


Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.


*******************************************************************************

pic lepas riadah petang



gambar beramai2 sblm balik

Kursus asas BTN Kuktem Nov 2006 kat melaka..byk bende aku belajar mase kursus nih..hoho..banyak jugak kenangan2 manis dan pahit dalam program nih...antara kenangan paling best dapat tgk yop jalan itik sambil pegang belon ade air..hahhaa..

lihat gambar atas:[yop yg keletihan selepas jalan itik bersama2 belon airnye]kekeke..

p/s:jgn marah ek yop...

**:ape salah BTN?bagi aku ok je program nih.

Thursday, November 19, 2009

Tamatnye Musim 2009, 2010 Menjanjikan Sesuatu yg Menarik Mungkin?

season 2009 telah tamat, seperti yg diketahui En Button telah menjadi juara dunia..begitu juga dengan pasukan yg diwakilinya Brawn GP. BMW & Toyota x kan berada di grid musim depan..
kehadiran pasukan2 baru juga dinanti2kan...

perkara2 menarik utk 2010

1. brawn gp telah dibeli oleh mercedes & akan dikenali sbg Mercedes GP (mercedes tgk ni chance yg baik utk dorg involve fully dalam f1..sebelum ni hanye supply enjin tuk pasukan2 disamping memengang syer 40 % dalam Pasukan Mclaren.)mercedes take over more 70% syer dalam brawn..dalam mase yg same mclaren akan beli balik saham mercedes dlam mclaren berperingkat2...selagi tu mclaren akan kekal pki livery silver and red...adekah selepas semuanya selesai satu mase nanti mclarenakan kembali ke warne oren seperti zaman2 old skool nye??

2. kimi x kan ade dalam kokpit kereta mane2 pasukan (betulke?)

3. ketibaan pasukan2 baru, USF1, Manor Gp, Lotus F1, Campos

4. alonso drive for ferrari

5. Slot ke 13 masih menjadi tanda tanye..

6. aku tgk team F1 skang ni dah cam lebih cenderung memilih driver dr negara2 tertentu
(mclaren based kat britain peandu season depan hamilton @ En Button kedua2 d britain, USF1 nak cr driver dr us, renault[french] nak cr driver perancis, Lotus F1(fairuz fauzy mgkin??),mercedes(german)nak amik heidfeld katenye...Campos[spain] nk cr pemandu spain??..


*kumpul duit nak g tgk kat sepang tahun depan..hahaha

Wednesday, November 11, 2009

Minggu Gila

last week (7-8 nov)mmg minggu yg cukup gile dan penat bg aku...wahahaha... ape yg aku buat ialah g sunway ngan baiyi ngan ira...jumpe ira kat kl sentral 800 am..aku ngn baiyi gerak dr kuantan kul 1.00 am, sampai pudu 3.50 am..gile laju bas nih...lepak kedai mamak sampai la subuh...
lepak sunway lagoon dr 11.00 am sampai 5.oo pm.., sambil2 tgu ira ngan baiyi main bende2 alah kat sunway lagoon tu aku sempat la tdo gak kat kerusi kayu tepi2 tu..hahhaha...sambil lepak2 kat kerusi kayu depan scream park tu aku berpeluang la tgk gelagat2 manusia...

ade pasangan dr arab tu baru keluar dr scream park tu muke pucat, nafas tercungap2...huhu..pastu mamat arab tu aku dgr ckp "Alhamdulillah"...huhu...tp minah arab sebelah die kool jek...

lepak sunway pyramid sampai kol 8.oo pm sebelum qidah amik ngn kerete die yg baru kuar kedai..penuh plastik lagi....hahah...erk...ok...ko mmg driver yg berhemah qidah...haha

9.00 pm:pegi TAR

11.oopm: pegi downtown (cheras)

1.00am:gerak g umah tagom a.k.a faizal yusoff kat kajang.

1.40 am: sampai umah tagom die lak x bangon2...hahah.gerak g umah dot a.k.a nik izzat

2.10 am:dot ajak minum2 kat kedai mamak..minum la aku, baiyi, ira, qidah ngan dot kat mamak belakang apartment sri dahlia die tu...(aku dah ngantu gile, x tdo 24 jam dah)

3.30 am:aku naik umah dot(tgkat 15,heran aku bangunan ni...lepas tingkat 13 ade tingkat 13A pastu tingkat 15 tros. [tower 13???]baiyi, ira & qidah g umah kakak qidah kat mane tah..

3.40 am:aku sembang ngan dot sampai azan subuh...pas smayang subuh baru tdo....


8 nov 2009


12.oo tgh hari.. diorg pickup aku pastu g kinrara>damansara>pj

3.00 pm: beli tiket kat pudu pastu g jalan masjid india,jalan TAR lagi,n SOGO sampai 8.oo pm...

9.30pm :bas gerak dr pudu

1.ooam: sampai kuantan...


hahhhaha*penat*hahahah

***lame gak x update blog nih...huhhuhu***

Wednesday, September 2, 2009

Cari Orang Mandi

Hari itu sungguh bosan....
Nampaknye x de keja..semua sample telah habis dianalisis hari sebelumnye....sampai ofis pagi tuh aku dah dapat agak aku akan menghabiskan masa hari itu kat ofis tanpa perlu gi lab... bagus jugak...puase2 ni x yah aku bermandi peluh 'main' bijih2 tu kat lab...so duduk la tgu sample dtg bergolek kat aku dan sv aku..hohoho

bosan..sungguh...x tau nk buat ape mase tu...aku pon belek buku catatan aku yg pnuh serba serbi contengan ape tah aku pon x tau....dah bosan aku amik surat kabar bace...tp nak bace surat khabar ni kena sorok2 sikit..x bg cctv rakam..takot big bos nampak..pelik..kalau takut big bos nampak kenapa company beli surat khabar, malah lepas aku start li makin bertambah jenis surat khabar yg company beli...ahh..lantak la..bace je...belek2..belek lagi...ah..bosan...letak balik surat khabar, duduk balik kat seat aku yg boleh dirakam jelas oleh cctv...termenung pandang megamall pastu bangun jalan2 dalam ofis...tgk staff lain buat ape...owh..pagi lagi...beberapa org staff pegi sarapan..x pose diorang ni..hohohoh...

balik semula ke meja aku...ingat nak sambung bace surat khabar, skali rachel dah bawak naik tingkat atas NST ngan The Star....so no choice...aku pon amik la Sinchew daily tu belek2 gambar je...x pham sepatah haram pon....hahha...mane2 gambar yg menarik tu aku pon tanye la sv aku die citer ape....

tibe2 sv aku bersuara..
"oit zamri,(die oit-oit nye aku,haish....) itu dekat china tembok panjang pgl ape?"(lebih kurg cmni la ayat die..telor cine skit)
"oh, great wall"
aku heran..die btpe pulak ni...aku pn g la meja die..woh,die tgh gune google earth rupenye...aku yg tgh bosan ni pon join la die...
"eh, apesal mcm ni?sudah putus ka?betul ka ni tembok tu"
"mane saye tau bos,saye mane penah pegi china.Kalau cmtu gambar die, ye la kot dah putus...(hahaha..tp aku rase gambr kwsan yg die zoom tu bukan great wall)..

bosan dah ngan great wall, die nak naik gunung lak...
"gunung tinggi kat dunia tu ape?"
"everest" jawab aku
"awak tulis.."<--die suruh aku tulis kat search box kat google earth tu
pastu die ckp.."ni everest tinggi kan"
"ye la bos, 8000 meter lebih, lbh kurg 2 kali ganda kinabalu"
"betul ke?"
"ye la..kalau bos x pecaye boss klik situ tgk brape tgi die"

pastu die sambung google earth die cari pulau2 kecik kat pasifik...aku g tandas lagi baik..nak kencing la pulak sejuk2 aircond nih kuat...hahaha

balik dr toilet aku tgk google earth die dah sampai pulau pinang..
"eh bos, dah samapi pulang pinang..cepat u jalan..cari ape kat pulau pinang bos?"
"CARI OLANG MANDI"..sambil zoom in kat kwsan pantai pulau pinang..

Monday, August 31, 2009

Tribute to Dupey.....

aku sesaje meletakkan keratan surat khabar lame kat sini...hehehe......selepas ape yg terjadi kat dupey...


Pelajar IPT tidak berpeluang praktik ilmu dipelajari di kampus: Ong

LATIHAN industri yang dilakukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkesan dan gagal membantu mereka meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu dipelajari di kampus kerana penyertaan terhad kepada kumpulan tertentu saja.


Selain itu, pelatih tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sesuai dengan kursus diikuti di universiti, malah ada antara mereka diminta melakukan tugasan kurang sesuai seperti menjadi pembantu pejabat atau membuat minuman untuk majikan.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan.

"Majikan perlu menjadikan latihan itu sebagai peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), Kolej SEGi di Subang Jaya, semalam.

Ong berkata, majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal dilalui kelak.

Katanya, program amali berkenaan perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna jika mereka tiada persediaan ke alam pekerjaan.

Sambil menyifatkan langkah diambil Kolej SEGi bekerjasama dengan pelbagai syarikat bagi memberi peluang pelajar menjalani latihan amali sebagai satu tugas mencabar, beliau berharap, lebih banyak IPT mengambil langkah sama.

"Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan ke alam pekerjaan perlu disokong dan IPT perlu mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Perniagaan SEGi Berhad, Ailin Ton Isahak, berkata program CEP memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi program berkenaan, graduan dijangka mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar.

Menerusi program itu, mereka bekerjasama dengan Jobstreet.com yang menyediakan laman web mikro bagi memadankan pelajar dan latihan industri bersesuaian di syarikat terpilih.

Sumber : Berita Harian 13 / 4 / 07

# ni dari surat khabar lame....tp aku rase artikel ni masih relevan sampai saat ini....aku rase para yang kaler merah tu dekat je dgn diri aku..dn juge mungkin dekat dgn diri segelintir rakan2 aku..mcm dupey,rafik n x-rumate aku si topek..hohoho....bukan x bersyukur atau nak demand lebih...tp x kena langsung pada tempatnye..

Saturday, August 22, 2009

Kerja Lapangan (9&10 July)

gambar2 ni semua aku amik time g bukit besi dungun.. mase ni g nak collect sample nak analysis..kalau result analysis tunjuk byk besi (>65%)dalam sample tu, maka company pon akan apply nk wat aktiviti melombong kat situ.. [kawasan ni lombong tinggal...dulu jepon lombong biijih besi kat sini area2 tahun 1930an]

yg hitam2 halus dalam anak sungai tu ialah besi2 yg dah hancur...ko letak magnet dalam tu nescaya benda alah tu melekat kat magnet..btol x tpo...


yg berlonggok kat bawah berketol2 tu ialah biji besi...

perjalanan yg mencabar...redah air2 ni...
dalam plastik dalam gambar kat bawah ni ialah magnet..lihat~~~magnet tu melekat pada kaki bukit ni...maknanye ade besi la tu...tgk la kaler die mcm besi berkarat kan...

bawah ni gambar tangan aku pegang contoh sample yg di bawak blk utk analysis..

last but not least..ni gambar tapak kaki binatang..diorg cakap harimau..mmg besar..buat aku takot je...lepas jumpe tapak kaki ni aku bace doa byk2 jgn la harimau ni kuar depan aku......takot weyh...bile da kuar dr hutan ni lega rase ati...


ade banyak lagi gambar..nanti la aku UP kalau ade mase..hahahhaha..just nak kongsi dengan rakan2 pengalaman aku...aku yg kepenatan+kepanasan..hahaha..start masuk tgh hari kol 12 panjt bukit sane-sini..jalan kaki jauh gile lak tu triton x lepas masuk..hahaha...

Monday, July 6, 2009

19 hari Li

Aku li bukan lah kat kompeni terkenal atau MNC. Aktiviti utama company ni melombong la sesuai la dgn name ni… so tugas aku sbg bdk praktikal kat sini ialah menganalysis sample2 bijih dr lombong dieorg ataupon sample2 bijih dari port2 baru dijumpai. 1st week je aku dah diajar semua test tu iaitu Mn,Sn, dgn Fe, senang citer test ni chemistry je..wat titration… bukan hari2 masuk lab wat test. Bile ade sampel baru masuk lab wat test, xde sampel duduk dalam ofis x buat ape2,ofis ni plak depan megamall.so bile xde keje aku duduk ofis mengadap la bangunan megamall.. xde engineering pon ape yg aku dpt..mgu2 seterusnye aku buat test tu berulang2 berdasarkan kehadiran sampel..(sebagai contoh, 3rd week aku masuk lab satu hari je, lagi 5 hari duduk ofis)so xde la bnde baru yg aku blaja sbb bt bende same ulang2..ape yg beze hanyelah result…so apebende aku nk tulis dlm repot nt..huhu..

Pnh jugak la skali aku masuk site@ lombong die(hari ke 4 li)..kat sg ayam kemaman.nak smpai sane je dah 2 jam..silap2 dah masuk xleh kuar..kalau air sungai naik..ade gak dieorg offer ajak lepak lombong 2-3hari..aku tolak care baik..ye lah..sebab aku sorg je melayu..jd masalah aku nk makan minum..dah la site tu dalam hutan, kena masuk pki 4wd…mane nak cari kedai makan melayu dalam tu..kalau nak masuk sendiri pon mampus aku nak kena bawak semua2 equipment memasak..mane blh cmpor dgn dieorg punye… yg paling aku x suke kat site tu anjing..dah la muke bengis2..sibuk je nk dtg dekat2…..haishh..

Bile xde keje @ aku ade kat ofis ade jgk la mereka suruh wat keje2 pejabat yg biase2 aku percaye org lain pon kene seperti:
1. hari pertama aku daftar aku dah kene uruskan pembelian analytical balance..baru aku tau bnde tu rm5k sebiji depend pade brand. Mase supplier tu htr analytical balance tu baru aku tau benda alah ni kena warm up dulu 15 minit br bleh gune..maknenye lepas 15 minit on baru blh timbang2..dulu mase wat psm aku belasah je gune lps on..sengal btol…huhu
2.pagi2 aku akan buka pntu pejabat..pintu besi yg gulung2 tolak ke atas..
3. aku jd penyambut tetamu kalau ade org dtg ke ape ke sebab meja aku duduk depan pintu, merangkap tukang tekan suis nak bukak pintu..sebab pki security code la ape la…
4.aku kena g tempah duplicate kunci
5. g amik periuk nasi company yg siap di repair….periuk???
6.g kedai beli itu beli ini…
7. g buat roadtax,bayar saman n renew lesen..mcm ofisboy pulak
8. yg ni paling aku x suke..kena jd drebar htr staff die g sane sini..bank la, maxis center la, kwsp la, astro la..
9.main mesin fotostet n fax(standard bdk li la nih)

Bile time rehat aku sorg2 je makan..ye la..aku je praktikal kat sini..dah tentu mereka nak makan Chinese food..huhu.. xkan join aku pulak..huhu

Kadang2 tu amoi kat sini..(cih, kat ofis ni 8 org je pon termasuk director) pakai..pergh..terbeliak biji mate bulat kalau die tgk..huhuh..ye lah bukan blh slahkan dieorg pon…sebelum ni semua Chinese kat sini..aku masuk br jadi berbangsa2..hehe..ade tu pki suar pendek + singlet yg aku rase2 dan percaye boxer aku lg labuh dari suar die pki dtg pejabt…haish……

Kesimpulannye..aku rase aku dh blaja ape yg aku blh blaja kat sini dan akan buat berulang2(test2 bijih tu la)….ape yg relate ngan engineering nye??? Tah la..lu pk la sdr…semua ni x jd cm ni kalau lagi 3 offer tu dtg awal..mayb dah mmg bukan rezekki aku tu..

Ape yg akan jd hari2 mendatang?ntah la…nk tgu sampai mggu ke 24??? Haish….

Monday, June 15, 2009

LI bermula

kat ofis ni 。。。。。。。。hahahahha

Saturday, May 23, 2009

Syurga Cinta

Semalam aku berkesempatan menonton filem syurga cinta kat megamall dengan Baiyi ditemani Qidah..(asalnye tujuan aku nengok citer ni sebab nak tgk cmne hasilnye heliza berlakon..pergh mate die..boooolaaat nye!!!huhu)..X penah aku tgk citer melayu pade hari citer tu release kat panggung...hahah...tgk movie melayu kat panggung pun jarang,apetah lagi  hari citer tu relase.

komen aku tentang cite ni ialah...hmm..menarik la utk ditonton..serius la...mmg menarik.....komedi romantik kot filem ni..ape2 pon byk yg boleh dihayati dan dipelajari dalam citer ni....saper2 yg nk tgk tu, tgk la dan hayati dialog2 yg diucap oleh watak2 dalam citer ni terutamanya oleh cikgu syuhadah dan atuk die..banyak yg kite boleh pelajari..huhu

awal ashari x leh dipertikaikan lagi penjiwaan die...,kena duduk dalam bulatan api tu...amik ko, mainkan lagi perasaan cikgu tu...huhu...Heliza plak mmg best ah..suke ah aku tgk die blakon(aku puji bukan sebab aku minat dia,huhu)berjaya die menonjolkan ciri2 yang disebut oleh ikmal(hadziq) iaitu lemah-lembut,cantik, kuat agama dll dengan jayanya (ni pada pandangan aku la..pandangan baiyi dan orang lain aku x tau..huhu). hadziq tom-tom bak pulak berjaya menambah perisa dalam citer ni..mmg lawak budak tuh..asik gelak je tgk die..huhu...

dalam cerite ni ade sentuh pasal buku bertajuk "don't be sad, jangan bersedih, la tahzan" saper berminat bleh cari kat kedai buku..popular kat berjaya megamall tu ade jual. x silap aku harge dia dlm rm30.00..


next movie.."terminator salvation"...mgu depan..

next next movie "transformers revenge of the fallen"..coming soon

Sunday, April 26, 2009

Akhirnya...Mata berjaya dipungut

yeay!!!!!!

Finally pasukan formula 1 feberet aku...team ferrari telah berjaya dpt point... setelah 3 race tanpe point, kimi raikkonen menghadiahkan mata sulung untuk ferrari yg berjumlah 3 mata hasil drpd kedudukan ke 6 dalam perlumbaan ke 4 kat litar sakhir, BAHRAIN sebentar td......

berlepas dr petak ke 10 dengan muatan minyak yg agak banyak berbanding mamat Trulli yg berlepas dr petak pertama nyata berbaloi buat kimi raikkonen... dtg bahrain aim nk dpt point je jauh sekali nk naik podium, mujur la dpt jgk point yg diharapkan..huhu...malang kat Massa sebab masih xde dpt ape2 mate....

walaupun pungutan point agak jauh (bukan, sangat jauh sebenarnya)jika dibandingkan dengan Brawn GP yg mendominasi 4 perlumbaan awal season ni...aku positif Ferrari mampu bangkit lepas ni...yeahhhh!!!!!!!

harap race kat spain 2 mggu lagi, engineer2 ferrari dpt pasang update pakej kat F60..mane tau kot2 bleh gune 'double decker diffuser' jugak ke mcm Brawn Gp tu...huhuhu

Forza FERRARI!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 24, 2009

BURUH-BURUH DI MALAYSIA

1 MEI...semer org tau tu hari cuti...sebabnye hari tu ade lah hari Buruh @ sedap skit sebot hari pekerja...public holiday maa....yeay!!! cuti....



1 mei bagi aku sgt bermakne...sebabnye tarikh 1 mei ni la 1st aku eksiden...argh.....tahun ni cukup 3 tahun kejadian tuh... gare2 seorang pemandu amatur (makcik aku)yg drive...langgar telekom punye Box depan umah atuk aku...box ni mcm yg ade bersepah2 tepi highway(bukan telephone sos tu ye)...kononnye nak aku tlg ajar die bwk kete...hehe..padahal lesen beliau lagi lame dr lesen aku.... akibatnye....WIRA SE yg br umur genap sebulan mase tu hancur lebor...radiator hancor. lampu,bumber, sport rim pecah sebiji..segala2 bende depan tu hancur...even rangke yg kat depan tu jd cam huruf V..stylo..ahahaha...byangkan..kete br sebulan keluar kedai lebor,huhu....claim insurans dalam Rm19K....byk tuh....memang eksiden ni berkali2 lebih serius berbanding eksiden kete myvi putih baiyi....



kecederaan..xde yg serius, makcik aku yg drive tu bertelur kat dahi kena stereng...kepala aku pulak kena cermin smp retak cermin tu sebesar bola sepak..nasib la pegi check kat hospital pekan lepas tu die ckp xde ape..huh..lega...merase jugak la aku 'makan' dashboard wira tu smpai berdarah-darah mulut..huhu..mase tu br je aku tgl seatbelt...nasib badan la..bende dah jadi...nasib baik kena btol2 dpn umah atuk aku,so dlam nano2 sakit kepale sempat la aku lari ke rumah mtk tolong nenek aku...huhuhu...x sempat nak snap gmbar kereta..kelam kabut sgt ......lepas pade tu..dkt sebulan jgk aku tak tanggal seatbelt selagi kerete x berenti.....wahahhahhahahha..



1mei 1994......lagenda formula 1, mendiang Ayrton Senna mati eksiden ketika sedang race lap ke-7 kat litar san marino,Imola..lepas pade kejadian ni aspek2 keselamatan dalam formula 1 dipertingkatkan utk keselamatan pelumbe2..beliau mati akibat kecederaan kepala yg serius. cube tgk keadaan kepala die dlm gambar kat bawah...



fuh..lebur kereta... kalau berminat nak tau pasal eksiden yg meragut nyawa lagenda ni dan juge kontroversi di sebaliknye..sile jengok http://www.thesennafiles.com/s-files/start.html ..huhu..sekian....

Friday, April 17, 2009

Picture speaks a thousand word

kete baiyi lepas eksiden kat gebeng..haisshh...

::dr aku::time kasih bebanyak kat rakan2 yg membantu..secare langsung atau tidak..


Exora dulu..tag2 tu kemudian aku buat

mase org lain sibuk main boling (top ten player battle..termasuk fendi skali yg replace yapau...),.. aku, bulat, n topek sempat g proton edar showroom dpn megamall nk tgk Exora punye pasal...hahaha.....dah jd habit aku bile proton kuar kete br je, mst aku g tgk..bukan nak beli pon..just proud with proton.. dr mase satria neo kuar tahun 2006 lg....huhuhu..

sampai2 je Exora H-line br turun dr lori..panas lagi....sebab kena terik matahari...hahhaha...... ade la 2 biji exora kat situ termasuk yg br sampai tu...kaler hitam H-line, ngan Blue haze yg M-line... dgn muke selambe je aku masuk dalam exora tu duduk dr dpn smpai blakang...mase duduk kat second row tu ade satu auntie ni masuk dr pntu sebelah tanye "u mau beli ka???"..aku pn jawab.."x la..dtang tgk2 saja"...haha..honestly pada pandangan aku cabin exora ni lg selesa dr wish..luas....x tau la kalau org lain rase mcm lain...huhu..nk bace komen ke review ke blh cr kat intenet belambak...

bg aku..aku bangga la proton dapt kuarkan mpv ni...drpd zero..xde ape2...18 bulan jd la MPV ni....mantap... hehe...kena ingat..ni kete design n buatan proton...bukan mcm sesetengah kereta yg claim kereta nasional walhal designnye bukan dibuat sendiri, design nye di amik dr car maker lain..ape yg di 'design' semula hanyelah lampu, bumper...pastu dibuat dan di pasang kat malaysia..claim kete nasional..tp tukar badge,lampu n bumper je blh kire kete buatan nasional ke?...ade tu mmg tukar badge semate-mate...huhu...[ya..dulu mmg proton buat mcm tu..skang x lagi....huhu..aku bukan salesman proton...malah bukanlah owner ape2 model kereta proton..aku hanya seorang RAKYAT MALAYSIA biasa]

dlam rencana kat kosmo 16 april tulis .''Walaupun banyak pihak beranggapan Proton sepatutnya menghasilkan model MPV sejak dahulu lagi, perlu diingatkan bahawa Proton membina model-model barunya daripada satu lakaran kasar.
Ia bukannya mengambil satu kenderaan yang sudah siap dan dipasang dengan beberapa komponen buatan tempatan serta ditampal dengan lencana Proton"...............


antara gambar2 yg sempat aku snap


bulatan, aku,dan topek sempat berposing ngan exora..hahaha


hitam tu H-line, yang blue haze tu M-line...

ekzos....


engine bay...luas lg ni...katenye engine 2.5 liter pon boleh muat dalam ni


nak tgk lagi hi-res photo bleh tgk kat http://www.paultan.org/


Sunday, April 12, 2009

Agak-agak kat mane mereka amik kursus memandu...

antara beberapa gambar yg aku snap pagi tadi



akak dlam kete tu buat bodo je kete2 blakang die sesak nk lalu..hahaha...mungkin die x peduli..duduk je kat situ diam2 tgu husband die beli sayor kot..


line kuning tu brader...xde polis ke nak saman...hahahaha..beramai2 lak tu parking kat line kuning..wahahhaha
depan malay town belambak parking kosong..bukan jauh pon nk lintas jalan nk g pasar tani tu....huh..lagi2 kete merah tu..haish..pak aji...pak aji...

wira ni pon same...bt jalan sesak je..elok2 due lorong jadi satu lorong je bleh gune..dh la kat trafic light..hmm

ni yang paling best...akak @ makcik yg bawang toyoya Ang-ser ni mungkin konfius pagi ni....die x pasti agaknye die bawak kete..mgkin dalam kepala minda die....die g pasar tani naik moto..tu pasal die sebat je parking moto...hahah...kebetulan mase die parking tu aku tgh letak brg dlm kete sebelom wat trip kedua ke pasar tani..aku tgk selambe je die masuk parking moto ni dan seterusnya keluar kerete dgn hepinye...hahhaha...time aku nk belah die pon nk blah..banyak sayor2 die beli...huhuhu
* aku pon bukan driver yg baik sgt...lampu merah pon aku langgar kadang2,lebih speed limit slalu sgt, maki2 kete lain mase tgh drive(geram sgt la tu kadang2), penah langgar lopak smpai basah org tepi tu(maaf makcik, x sengaja)...tp kalau parking aku parking elok2...huhuuhuhu

Saturday, April 11, 2009

Sape la rajin sgt ni...

rajin betol sape susun komponen2 ni...cm main puzzle la pulak...haha

Wednesday, April 1, 2009

Plastic???

kete proton buat dr plastik???haha..ye...proton exora front end module made from plastic maaa...... mmg bende ni bukan bende baru..tp bile proton gune dalam kerete die..dikire satu bnde baru la...baru dalam kete proton...1st time wooo


msti kebanyakkan rakyat malaysia yg tipikal dengar je proton gune plastik terpikir tahan ke kerete ni..x patah ke...selamat ke kete ni (entah2 dalam kepala terbayang beg plastik berlogo hypermarket terkemuka ataupon kerusi plastik yg dah patah kaki)...dah tentu la bukan buat gune plastik semata2..plastik yg diperkuat dengan besi (bukan zat besi)...penting utk kurangkan berat kete ni...memandangkan enjin 1.6 liter, kena la cari bahan2 @ material yang kuat,gagah dan perkasa (bukan ubat kuat) but at the same time ringan....ade la beberape kilo agaknye dah reduce sebab gune reinforced plastic ni...tp bukannye the whole chasis gune plastic...front end module sajaaaa...x silap aku kat tempat letak lampu depan tu....hehee..


kete ni pon gune hydro forming sub frame technology..cam subaru la pulak(semat2)


*kete F1 gune carbon fiber sebab nak ringan...langgar tembok 320kmh pon relax lagi driver kuar kete...jalan2..cakap "saya ok..ok je"...haha...xde airbag pon...haha...yg pntg pki seatbelt...ni kang kecoh..airbag xde la..airbang skit la..abs xde, ebd xde..kalao ko x pki seatbelt apekes..bende dah ade x gune....kecoh2 pasal safety pulak.. bukan susah pon nk pki tali tu...hmmm

Sunday, March 29, 2009

Sejarah Malaysia ni...

Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan logo adalah seperti berikut:-


1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) - kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) - basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) - payung
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) -bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang


kpd pengundi2 bukit selambau...ape yg akan dipilih?payung?buku?bas?kunci?dacing?pkr?ikan...?byknye..ade 15 tu..fikir betul2....

agak2 la..besar mane kertas mengundi kat sini?ade besar kertas A4 tak?

Saturday, March 28, 2009

aku postpone niat aku 3 tahun lagi...

"Keluarga menghantar anak untuk membeli ayam buat juadah berbuka puasa tetapi sebaliknya anak tersebut telah membeli daging khinzir untuk diberi makan kepada ahli keluarganya"
Eloklah tu... bagi keluarga makan duit haram. Lepas tu bila anak tak cerdik, salahkan PPSMI."....ayat ni aku petik dr komen visitor dalam laman web mantan pm kite...

aku hrp 3 tahun lagi ade ketua baru...hahahha

Thursday, March 19, 2009

15 April

hanye ade brape hari je lagi nak tibe 15 april.....
satu dimensi baru utk Proton

Sunday, March 15, 2009

Helang Lebuh Raya

aku jumpe pic ni mase tgh surf internet..mmg COOL...lame dah aku cr gmbar kete ni..dr mule2 dgr polis nk pki evo..


huhu..lame dah dengar polis malaysia nk pki evo ni...br ni jumpe gambar die....mmg semat ah... design corak2 tu mmg cntik..nmpk garang jerk.....kalau mat2 rempit jumpe kat higway ni, jangan pulak cabar....
best ah polis peronda skang ni...EVO tu....EVO beb...memang superb ah polis malaysia...
AWAS kepada kaki racing...hahah...
*kredit to autosworld.blogspot


Saturday, March 14, 2009

Memanjat Bukit kat Gambang

bosan..dah xde aktiviti agaknye...nuar ajak joging dan bejalan2 kat bukit yg ade pemancar dan boleh dilihat jelas dr ump ni...name nye Bukit Sulai kot...















atas ni gambar dr tmpt kete ditinggalkan...kena jalan kaki dr sini sampai kat pemancar blakang tu..jaug gile... 850 pagi gerak dr tmpat gmbar ni di ambil















perjalanan "menaiki" kaki mmg pnt..40 minit nak naik, 40 minit nak turun....















berehat jap tgh jalan.....pnt

















jauh lagi................















begambar dpn bangunan oren atas bukit tu....selame ni tgk dr jauh je...













tgk betul2..boleh nampak ump

Friday, March 13, 2009

eS Pi eM

semalam result spm keluar.. mcm2 kisah berlaku...ade yg cemerlang,ade yg kureng, ade yg x smpat amik result spm... yang dapat 20 A tu mungkin ade petua yg blh dikongsi bersama lebih 25 juta rakyat malaysia...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

arini result spm kuar...cuak nk g skolah amik result...selepas menghubungi rakan2 semsas yg lain, satu meeting point telah ditetapkan..stesen teksi kuantan...aku bergerak dr rumah dgn zaki menuju ke stesen teksi tersebut..sampai disana telah ade beberape org menunggu..x ingat brape org sebab dah lame dah kejadian ni...sementara semua org smpi aku sempat berjalan2 ke taman kerang berhampiran dengan aripo..kat situ aku membeli tali pinggang..lupe nk pki dr rumah..mungkin cuak sgt...setelah cukup semuanya manusia2 yg ditunggu..kami pon bergerak menuju ke SEMSAS...

sampai di semsas, nmpk dah Buddy kat tepi gate bersame motonye...score semua A1..(ade kawan2 aku yg dah call skolah tanye result sebelum pegi...so tanye sape dpt semua A1..Buddy la salah sorgnye)..awal btol buddy ni sampai...

Semsas tgh buat hr sukan mase tu...hahaha..ape daa..... Cikgu Hamdan suruh g masuk dewan semsas yang buruk atau name sedapnye Dewan Iqra...make berbondong-bondongla kami masuk ke dewan..

dalam dewan ade 6 meja (mewakili enam kelas tinkatan 5)..make pergi lah kami ke meja kelas masing2... hati aku x sedap...knp ni...

cikgu siti nurizah x silap aku name die...ditugaskan bg result bersame2 sijil2 (cikgu add math aku ni ,sgt best..tiap2 kelas bagi motivasi dulu supaye budak2 belajar btol2...kelas kiteorg susun ikut markah setiap subjek...kalau rndah satu2 subjek,duduk la dgn org2 yg lebih kurg markahnye dlm subjek itu..dengan tujuan cikgu blh beri penekanan... bagi aliran teknikal aku duduk kelas ke3 @ last utk subjek add math...wakakakka)

sampai turn aku aku pon duduk dpn dia...atas meje ade envelope besar ade name aku ngan result spm yg diterbalikkan...cikgu senyum...senyum gembira @senyum kecewa @ape2..aku pon x tau

cikgu:zamri

aku:saye cikgu

cikgu:bersabar (alamak...ape cikgu ni nk ckp...demn..zaki dah duduk luar dewan bersama2 slip 8Anye)...masih ade byk lg peluang ........cikgu nampak potensi kamu

aku :dlm hati...adoi ape kene ni....

.....slip aku terbalikkan tgk satu persatu.....

cikgu: xpe...add math dpt B tu pon dh ok...kamu dah berusaha...

aku:mekasih cikgu..cikgu yg ajar saye add math....

Cikgu: tahniah...

[aku tau cikgu ni ckp mcm ni sebab x nk aku frust kalah kat zaki]

xtau la aku atau pun die yg sedey...huhu...aku dah kecewakan die..... aku la sorg2 nye pelajar dalam kelas aku yg die target dapat A, x dpt pon A....hahah...

bg aku ni dah dikire pencapaian..x pnh hayat dpt B add math dr form 4.........

tgk slip ade [sette @ 7]A...dlm hati konferm aku x akan dijemput hari anugerah kecemerlangan SEMSAS yg akan datang....dan mmg betul aku x dijemput...wahahha...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, March 12, 2009

Page X dijumpai

Page not found
Sorry, the page you were looking for in the blog bulatan dimana duniaku berputar does not exist.

inilah ayat yg tertera ketika aku cube membaca cerite pendek bulat Part 7... apekes... ceriter x siap lagi ke...

Wednesday, March 11, 2009

Spesies Ulat

Terdapat berbagai2 ulat kat dunia ni..antaranye...

1.ulat bulu=spesies ulat yg berbahaya..boleh menyebabkan kegatalan yg kronik..dalam cerite p ramlee, ulat bulu merujuk kepada perbuatan ingin mengorat seperti dialog dalam filem beliau iaitu "ulat bulu dah naik daun....." (filem2 p ramlee sekarang menjadi tumpuan selepas insiden yg berlaku di negeri pasir 2 butir).

2. ulat sampah=ulat yg hidup secara berkumpulan..koloni2 ulat sampah boleh dijumpai di sampah2.name ulat ni sendiri dah menunjukkan lokasi ulat ni berade..geli ah...

3.ulat gonggok=spesies pemalu..ko usik je die terus bergulung2 buat tdo..usik skit je jd camtu..malu betul ulat ni kat korg..

4. ulat teksi= boleh dijumpai di stesen2 teksi dan juge dalam teksi. nak tau ape kes ulat teksi ni bace la surat khabar. (Mr Os bukan ulat teksi walaupun die sering menemu ramah penumpangnye utk dimasukkan dalam rancangan Ape Ke Halnye di tv9..kalau naik teksi die, die tanye banyak2 pastu x yah bayor...konferm muke anda akan masuk dlm tv9)

5. ulat tiket=lokasi ulat ni kat stesen bas terutamanye yang besar dan mahsyur mcm pudu raya..membiak dengan cepat pada musim2 perayaan dan cuti sekolah..jual tiket bas pastu bile time nak boarding...haram..bas xde..dah kena tpu...

6. Ulat bundle= sebuah kedai bundle yg terletak kat jalan kuantan bypass..dr jalan raye dah nampak koleksi2 bundle die...sile la berkunjung kalau berminat(kedai bundle ni xde kena mengena dgn aku..)

Tu je...sekian..Time kasih....

Tuesday, March 10, 2009

Aku ke ni...ke Bukan??

Tgk Gambar ni....
korg rase ni gambar aku ke...haha...kalau rase ye ..baik pk balik..sebabnye ni bukan aku...huhu...x kan la aku ni farid kamil wannabe...(haha..pasni msti die kutuk aku dlm blog die pulok)..ni la kembar aku...kalau x caya..tgk gmbar ni...

ni la gmbr penuhnye...yg sebelah kanan skali dalam gambar tu la aku...yg sebelah baiyi tu...gambar ini dirakam ketika aku menghadiri perjumpaan kali pertama antara org2 dalam gambar ni selepas 10 tahun meninggalkan sekolah rendah kami(kecuali baiyi..die skolah lain) iaitu sek keb teruntum yg terletak di jalan gambut..jalan yg cukup dikenali kerana terdapat pasar malam yg ade byk bundle setiap hari sabtu... yg pegang beg kuning tu skang keje sebagai staff ump..hok lain tgh belajar lagi... .



ape tujuan sebenarnye aku menulis entry ni ye..ha.. itu yg kite x tau tu.....bukan ape..utk kawan2 aku yg bace ni..kalau jmpe org cam muke aku tp korg waswas aku ke bukan..x yah tego...konferm die x layan...haha..aku layan jugak la kalau ade kawan2 die tego aku..last2 aku ckp la aku bukan zaki...aku kembar die...hahah..merah padam muke kawan die...tu je..time kasih..

Friday, March 6, 2009

20 hari 15 jam 35 min 10 saat

Itulah waktu yg tgl sebelum opening race F1 season ni (mase aku tulis post ni la)...x lame dah... x sabar nk tgu.....haha.....dengan peraturan2 baru yg dibuat tambah teknologi baru cam KERS, mungkin membuatkan race season ni lebih menarik @ lebih lemau... berita terkini..team honda dpt diselamatkan dan akan dikenali dgn name Brawn GP...bolehke Ross Brawn ni mengulangi kehebatan die ngan Micheal Schumacher mase dlm Ferrari?? tu kite kena tgu la...harap2 dah pki enjin Merc blh la bersaing ngan team Mc laren...
satu je aku x suke rules baru season ni...design kete jd cam kete F3..x cantik....

meh kite tgk antara kete2 yag akan berlumbe...










ni lah team kegemaran aku..kaler kete je dah nampak garang..superb...mantap...msti 'meletop' season nih...huuhuhu


dan pesaingnye adelah.....


ni lah kete pasukan yg sangat digemari oleh yop ataupun aku memangilnye liyas hamilton setiap kali ade race... yop..kemenangan Lewis Hamilton season lepas x bermakna season nih mng lagi...haha... seterusnya....

pasukan tajaan petronas nih..driver mantap..kete pon dah semakin bersaing ngan ferrari n mclaren...


team berikutnye adelah team yg keretenya dipandu oleh bekas juara dunia 2 kali..alonso...alonso nih mmg x suka kat driver pujaan yop..sebab tu di lari tglkan mc laren...




ni la team top 4 season lepas...hmmm..dah mcm dugong lak aku tk kete F1 ni..muncung kat front wing besor...rear wing kecik cenonet je...huhu..ape2 pon..Ferrari mst menang season nih...aku xkire...Forza Ferrari!!!!!!!!! Mclaren main tepi2...huhu

*p/s:yop...jom p sepang tgk F1 3,4,5 april ni...huhu..